Perkahwinan Razif & Norafiza
Majlis akad nikah telahpun berlalu maka tibalah saatnya mengwar warkan dengan majlis meriah sebagai raja sehari. Segala hasrat untuk bergelar suami isteri telahpun terlaksana. Cinta telah berputik, kasih telah mengharum, rindu menjadi mainan, kasih sayang terpahat dihati. Maka sekali lagi saya menjadi jurugambar untuk merakamkan detik2 bersejarah antara dua hati.
Majlis ringkas ini diadakan di kampung pengantin lelaki di Kampung Batas Baru, Simpang Tiga Sungai Limau, Yan Kedah. Majlis ini begitu meriah oleh kerana kehadiran ramai saudara mara yang berkampung untuk meraikan pasangan ini. Ayah bonda kedua pasangan juga kelihatan begitu seronok menerima menantu.
Cuaca yang awalnya panas bertukar mendung dan akhirnya hujan rahmat membasahi majlis ini pada sebelah petang. Namun begitu curahan hujan tidak mengurangkan keceriaan tetamu dan pasangan yang meneruskan majlis dengan acara memotong kek. Namun begitu untuk acara fotografi outdoor tidak dapat dilakukan, namun kesempatan yang ada dikala mendung sedang berarak digunakan untuk merakamkan sekeping dua gambar di tepian sawah berlatar belakangkan Gunung Jerai.
Terima kasih kepada kedua mempelai untuk majlis yang hebat ini. Selamat Pengantin Baru daripada saya di www.pengantin.org

Tarikh : 01hb Oktober 2009
Lokasi Majlis : Bedong, Kedah.
Lokasi Outdoor : Pesisir Tasik Sungai Lalang, Kedah
Jurugambar & Editing : Nasrizal
012-531 1531 | 013-513 1531

0 comments:
Catat Ulasan