Related Posts with Thumbnails

13 Oktober, 2009

Pernikahan Razif & Norafiza

Pada hari Khamis, 01hb Oktober 2009 maka disahkan bahawa pasangan Mohd Razif dan Norafiza sebagai suami isteri. Namun begitu oleh kerana kesilapan memberitahu tempat majlis akad nikah dijalankan maka gambar2 sewaktu pernikahan berlaku tidak dapat diambil. Namun kerana kesilapan itu disedari pengantin justeru majlis diteruskan dengan majlis makan2 di rumah pengantin perempuan dan sedikit fotografi outdoor.

Majlis pernikahan yang berlansung di Masjid Taman Ria Jaya yang mana diberitahu kepada saya sebagai Masjid Taman Ria, jaraknya hanyalah sekitar kurang 5km. Disaksikan hujan yang mencurah pada petang itu, majlis berjalan lancar diiringi dengan restu ayah bonda serta sebilangan saudara mara yang turut menemani.

Sesi fotografi outdoor berjalan dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir kedua pasangan suami isteri ini. Pesisir tasik buatan menjadi lokasi pengambaran outdoor pada kali ini. Nantikan gambar2 untuk majlis perkahwinan pasangan ini yang akan berlansung pada 03hb Oktober 2009.















Tarikh : 01hb Oktober 2009
Lokasi Majlis : Bedong, Kedah.
Lokasi Outdoor : Pesisir Tasik Sungai Lalang, Kedah
Jurugambar & Editing : Nasrizal

Hubungi saya untuk pakej fotografi perkahwinan idaman anda...
012-531 1531 | 013-513 1531

0 comments:

Lepak

Pengikut

Tetamu

  © Free Blogger Templates Photoblog III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP  

HOME